
History
Principles
Sections
Client's
Charter
Personnel
Feedback |
Jabatan Bandaran Tutong
Prinsip
Matlamat
Mengukuhkan peranan bandar sebagai
pusat perdagangan dan pentadbiran yang berdaya maju selari dengan
perkembangan semasa.
Objektif
- Meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan
dalam bandar.
- Mengujudkan iklim yang positif bagi membantu
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sektor ekonomi dan
perdagangan dalam bandar khusus bagi Peniaga-Peniaga Bumiputera
Tempatan untuk menceburi aktiviti-aktiviti perniagaan dan sebagainya.
- Memelihara dan mempertingkatkan peranan bandar selaku pusat
pentadbiran kerajaan bagi Daearah Tutong.
Untuk Mencapai Objektif:
Meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan dalam
bandar:-
- Menyediakan kemudahan asas dan kemudahan
awam yang serba cukup bagi kepentingan penduduk dan pengunjung
bandar seperti:
- Rangkaian jalan-jalan raya menuju pusat
bandar yang efektif.
- Tempat-tempat rekreasi / Taman permainan
kanak-kanak.
- Tempat letak kereta.
- Terminal bas dan teksi.
- Kemudahan bersukan.
- Gerai harian.
- Telefon awam.
- Mempertingkatkan usaha mencantikkan kawasan-kawasan bandar dengan
penanaman pokok-pokok bunga dan hiasan, pohon-pohon kayu dan
lain-lain.
- Mengujudkan suasana alam sekitar yang bersih dan sihat.
- Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang.
- Memperkenalkan khidmat penswastaan bagi perkhidmatan yang tertentu
untuk mempertingkatkan lagi "efficiency".
Mengujudkan iklim yang positif bagi membantu mengalakkan
pertumbuhan dan perkembangan sektor ekonomi dan perdagangan dalam bandar
- Menjadikan bandar terus menjadi pusat tumpuan dan kunjungan orang
ramai.
- Menjadikan bandar tempat persinggahan bagi orang ramai yang
berulang alik dari Bandar Seri Begawan dan Seria / Belait. (Untuk
membeli-belah, beriadah, tempat berehat, berhibur dan tempat
memancing)
- Memberi peluang kepada anak-anak tempatan bagi menceburi bidang
perniagaan dan lain-lain.
- Memperbagaikan aktiviti perdagangan.
- Menyelaras pembangunan lebih banyak bagi tempat berniaga oleh
pihak swasta dengan mendirikan komplek membeli-belah.
- Menyelaras lebih banyak rancangan kemajuan di kawasan bandaran dan
kawasan-kawasan berdekatan.
- Dalam jangkamasa yang panjang memperluaskan lagi kawasan bandar.
- Mempercepatkan proses pengeluaran lesen dan kebenaran untuk
mengubahsuai bangunan.
Memelihara dan mempertimbangkan peranan bandar selaku pusat
pentadbiran kerajaan bagi Daerah Tutong
- Penempatan lebih banyak jabatan-jabatan kerajaan dengan mendirikan
bangunan pejabat yang baru.
- Mengubahsuai rumah kediaman milik kerajaan dipersekitaran bandar
untuk dijadikan pejabat bagi membolehkan pegawai/kakitangan ditambah
dan fungsi pejabat-pejabat cawangan di daerah in berkembang maju.
|